Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukainya, tetapi ia mengambil masa yang panjang untukmelupakannya. Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah ke mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insane, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayangkan anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah mungkin ia akan menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang juga tidak semestinya dalam mamiliki segala yang terbaik. Mereka hanya mambuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletek pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yag telah mencari dan mereka yang mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupa mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.
No comments:
Post a Comment