Sunday, 27 March 2011

keje part-time aku....

time aku free selalu ikut kwn2 lepak tgk shooting sekali aku dpt offer alhamdulillah x pernah putus rezeki aku kt situ... dari drama opah gaga sampai the latest filem arahan abg ismail bob sumpahan kum-kum.. baru aku tau mcmana rasanya menjadi seorang pelakon penat + excited = kepenatan yg berbaloi dpt jmpa artis yg aku minat hihihi... dorang pun sbnrnya mcm life kita jugak... yg beza cuma dorang popular kita je x... x sgka aku dpt berlakon dgn pelakon yg aku minat 4 tahun lepas cma sempat bergmbr.. aku sendiri x sgka boleh involved dlm bidang nie...  walaupun payment kdg2 lmbt tp bila dpt payment mcm x percaya... mgkin satu hari nti aku akan buat fulltime dlm bidang nie who knows?? aku rsa aku dh mula suka dlm bidang nie... :D

BINI-BINI KU GANGSTER


OPAH GAGA


LOCATION FILEM SUMPAHAN KUM-KUM
(SAME LOC FILEM NGANGKUNG)





LWM JOBS MODEL




Wednesday, 23 March 2011

BNYouth Job Fair: Soft Launch by YB Khairy bin Jamaluddin on 12th Ja...

BNYouth Job Fair: Soft Launch by YB Khairy bin Jamaluddin on 12th Ja...: "BN YOUTH TO ORGANISE THE LARGEST JOB FAIR IN MALAYSIA Fresh graduates, school leavers and job seekers alike are advised to mark their cale..."


Thursday, 17 March 2011

Bagaimana Cara utk perbaiki KELEMBAPAN Facebook @ Blogger @ dll....

Sejak Jepun dilanda tsunami, ramai para pelayar internet mengeluh kerana masalah KELEMBAPAN INTERNET terutama bagi yang KEGILAAN terhadap FACEBOOK / TWITTER DAN BLOGGER..
ini adalah tips saya dpt daripada Roslan.nazri blog dan saya telah mencubanya dan ternyata BERKESAN!! 
cuba lah ikuti TIPS2 ini..





1. Pergi ke Start > Run > C:WindowsSystem32driversetc (seperti image diatas)
2. Cari file yang bernama hosts
3. Right click, dan pilih “edit with notepad” atau open dan korang pilih notepad
4. Di dalam file tersebut, copy-paste code di bawah ni dekat bawah sekali file tersebut:
203.106.85.66 www.facebook.com
5. Save file, dan nikmatilah kelajuan facebook seperti sediakala.




Hasilnya adalah seperti yang di atas.
Walaubagaimanapun sedikit tips untuk tidak menghadapi masalah ketika pengubahsuaian code dijalankan adalah korang install Notepad ++ sebab ianya lebih mudah untuk di save berbanding save menggunakan notepad biasa.
Nak tau kenapa aku cakap facebook lembab? Ok korang boleh nilai perkara ini dibawah, lihat dan faham bagaimana aku katakan facebook lembab di Malaysia:


Lihat ping facebook menggunakan cmd dan hasilnya request time out dengan mengambil masa 441-380ms dan bagaimana pula hasilnya selepas menggunakan langkah di atas?


KEPADA KWN2 BLOGGER SELAMAT MENCUBA... :)

Tuesday, 15 March 2011

Whatsapp. Fruit Ninja. Cut The Rope. Tap Tap Revenge. Angry Birds. FaceTime. Wow! I can't wait to get my hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4. All you need is to upgrade your phone line! Get yours today!

Whatsapp. Fruit Ninja. Cut The Rope. Tap Tap Revenge. Angry Birds. FaceTime. Wow! I can't wait to get my hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4. All you need is to upgrade your phone line! Get yours today!



Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta [HQ]



Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
'Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu...menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah

Lagu/Lirik : Nico Ajie Bandy
Vokal : Anuar Zain
Pernahkah kau bermimpi, seketika berada di tempatku

Sunday, 27 February 2011

cinta dan kehidupan kita seharian...

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat dan hikmat di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak akan nampak pintu yang lain yang telah terbuka untuk kita.kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan kita boleh duduk bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah kita kehilangannya dan juga bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang kepada kita.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda. 

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukainya, tetapi ia mengambil masa yang panjang untukmelupakannya. Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah ke mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin anda lakukan. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insane, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayangkan anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah mungkin ia akan menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang juga tidak semestinya dalam mamiliki segala yang terbaik. Mereka hanya mambuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletek pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yag telah mencari dan mereka yang mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupa mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.